Wednesday, August 02, 2006
Friday, October 28, 2005
Mencari sesuatu

Apa yang sebenarnya yang dicari? Nama, harta atau pangkat adakah benda ini yang paling penting dalam kehidupan seseorang? Aku sering berfikir kenapa mengejar dunia material, adakah untuk kesenangan diri dan keluarga sahaja? atau ada perkara lain yang berada di sebaliknya? apa yang hinanya jika jadi orang yang tidak berada? apa kelebihan menjadi orang yang kaya? adakah dengan menjadi ternama dan berada seseorang itu akan hidup bahagia? adakah itu jaminan keberkatan dan keredhaan dari maha pencipta? Tapi, ada pula yang beribadat untuk mendapat nama dari sisi manusia? Ada yang bertanya 'kenapa engkau nak peduli'? Salahkah perbuatan itu? Ramai yang terpesung dan terus dibiarkan oleh mereka yang berpegang kepada sikap 'kubur masing-masing, apa kau nak peduli'. Bilakah perkara-perkara ini kan berakhir?
Aku juga tidak tahu kerana aku juga masih mencari sesuatu.
Aku juga tidak tahu kerana aku juga masih mencari sesuatu.

